NN

NN
Assalamualikum & Good Day! Welcome to My pbhomestay69 pages. Please be nice here. Copycats are not allowed here. Have a Nice day.!

Tempahan

UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN


KADAR SEWAAN

Setiap Hari (CHECK IN - Isnin hingga Ahad)
RM150 / 1 malam (2 hari 1 malam)

*harga boleh dirunding jika menyewa 3 malam atau lebih


1.Hubungi :
Suhaila   : 013 342 2646

2.Bagi mengesahkan tempahan, Deposit akan dikenakan sebanyak RM50/hari.
Deposit tidak akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan.

Anda boleh membuat pembayaran deposit melalui akaun:
Maybank : 1624 7822 4706 (SUHAILA BINTI SUDIN)
CIMB      : 14440065309524 (NORMALA SHAM BINTI SUDIN)
B.Islam    : 8022020441885 (SUHAILA BINTI SUDIN)
Anda perlu membuat pembayaran selebihnya semasa check-in.

Check in : 12.00 Petang 
Check Out : 3.00 Petang


Tempahan tidak ditetapkan tanpa deposit

3.Setelah pembayaran dibuat, sila sms/whatsApp dengan seberapa segera resit pembayaran:

Nama Penuh:
Tarikh Check In :
Tarikh Check Out :
Bil Malam :
Nama Bank :
Tarikh Bayaran :
Masa  dan JumlahBayaran :

Terma


Bagi memastikan keselesaan bercuti dihomestay kami, kami meminta kerjasama pihak
tuan puan untuk sama sama menjaga kediaman yang kami sediakan. 

Dengan ini diharap pihak tuan puan dapat memberi kerjasama untuk pekara pekara dibawah:- 


  • Daftar Masuk:12.00 pm dan Daftar Keluar:12.00pm

  • Untuk MUSLIM sahaja

  • Bayaran boleh dibuat secara tunai semasa daftar masuk dan bayaran pendahuluan melalui ATM.
       (Bayaran Pendahuluan RM50 diperlukan bagi pengesahan tempahan)

  • Jika tiada pelanggan lain, tuan puan dibenarkan untuk daftar masuk awal atau daftar keluar lewat pada kadar masa yang wajar. (DAFTAR KELUAR : Sila maklumkan terlebih dahulu, sekiranya GAGAL memaklumkan tuan puan akan dikenakan RM5 /jam) 

  • Pasangan atau berkumpulan yang bercampur lelaki dan perempuan dan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan atau mahram adalah tidak dibenarkan sama sekali

  • Kami memohon jasa baik dan keikhlasan penyewa untuk menjaga rumah dan segala kemudahan / peralatan dengan baik

  • Penyewa diminta menghormati kawasan kejiranan , berkelakuan sopan dan tidak membuat bisingsesuka hati

Terima kasih kerana memilih penginapan HOMESTAY 69.

    Nota:

    PIHAK HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEATAS KEHILANGAN BARANG BERHARGA ANDA SEMASA BERADA DIHOMESTAY


      Terima kasih dan kami amat menghargai kerjasama dari pihak tuan dan puan kerana bersama sama menjaga kediaman ini.  Dengan kerjasama anda ini,  kami dapat mengekalkan kualiti servis dan barang barang keperluan didalam HOMESTAY ini dan seterusnya kami dapat memgekalkan perkhimatan pada harga yang memuaskan pada masa yang akan datang.


      "SEMOGA ANDA BERPUASHATI KETIKA BERADA DI HOMESTAY 69, 
      KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "

      Gallery

      Keselesaan anda KEUTAMAAN kami


      Pandangan hadapan Homestay 69

      Pandangan hadapan Homestay 69

      Bilik Tamu1
      Dilengkapi dengan kipas Syiling dan berpenghawa dingin
      Bilik Tamu ke2
      Dilengkapi dengan kipas Syiling


      Bilik Tamu ke 3
      Dilengkapi dengan kipas Syiling dan berpenghawa dingin

      Ruang Tamu
      Dilengkapi dengan kipas Syiling dan berpenghawa dingin

      Ruang Tamu

      Ruang Tamu ke2
      Dilengkapi dengan kipas Syiling


      Dapur

      Ruang Makan

      Bilik Air

      *Semua bilik berkipas siling





      Semua katil adalah queen-sized

      Tarikan / Tempat tempat Menarik

      Mercu Tanda Parit Buntar

      Menara Jam Besar yang terletak diPekan Lama Parit Buntar menjadi mercu tanda Bandar Parit Buntar





      Pinggiran Sungai Kerian

      Jika anda ke Parit Buntar, jangan lepaskan peluang singgah sebentar ke pinggiran Sungai Kerian. Merupakan salah satu kawasan rekreasi pinggir sungai yang utama dibangunkan di Parit Buntar. 

      Dari segi konsep reka bentuk pelan mempamerkan warisan tumbuhan dan menggabungkan karya ciptaan manusia dengan alam semulajadi serta gabungan elemen tradisional dan kontemporari. 
      Ciri-ciri kolonial diterapkan dalam reka bentuk seperti "window wall'" yang menggunakan batu bata. 

      Projek Pinggiran Sungai Kerian yang dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan di bawah Jabatan Landskap Negara merupakan salah satu projek rekreasi pinggir sungai yang terbesar dibangunkan di Parit Buntar oleh Majlis Daerah Kerian. Pada masa ini fasa yang telah siap dimajukan iaitu bermula dari tali air berdekatan Arked MDK hingga ke tali air di Lorong Syed Hamid.

      Ban Pecah

      Lokasi Pantai Ban Pecah



      Terletak didalam kawasan Mukim Tanjung Piandang, Perak ini, anda akan dapat melihat suasana matahari jatuh terbenam ketika senja yang melintasi Laut Selat Melaka ini. 

      Ban Pecah adalah satu kawasan riadah pantai berbatu untuk kegiatan memancing di kerian, ia juga cukup terkenal dengan makanan lautnya antaranya makanan yang menarik di kerian ialah 'kari sembilang merah' Ban Pecah juga sering dikunjungi oleh pelancong dari negeri Kedah,Pulau Pinang,Perlis malah ada pelancong dari Kuala Lumpur yang datang ke Ban Pecah ini umtuk memancing ikan sembilang merah yang hanya terdapat di daerah Kerian sahaja.Pantai Ban Pecah atau dikenali sebagai “Pantai Rock” oleh penduduk tempatan adalah merupakan salah satu destinasi menarik yang terdapat di Daerah Kerian, Perak.



      Bukit Merah Lake Town



      Bukit Merah merupakan destinasi eko-pelancongan yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan keriangan dalam satu lokasi. Ia dilengkapi dengan Taman Tema Air, Pulau Orang Utan serta Eco Park yang unik dan menarik.

      Bandar ini merupakan bandar baru pelancongan yang terletak kira-kira 55 kilometer dari Parit Buntar melalui Jalan Persekutuan. Kedudukannya berhampiran dengan Tasik Bukit Merah. 

      Antara kemudahan rekreasi yang didapati di sini adalah :-
      - Taman Tema Air atau "Water Theme Park"
      - Orang Utan Island
      - Taman Eco-Park
      - Tempat penginapan seperti Lake Town Inn

      Pulau Orang Utan




      Kuala Gula Bird Santuary 


      Kuala Gula adalah merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak dalam Derah kerian. 

      Ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang terdiri dari hutan paya bakau seperti pokok Api-Api "Avicennia spp" dan pokok Bakau "Rhizopora spp". Faktor habitat semulajadi yang terdapat disini menarik adalah Burung Upih "Mycteria Cinerea" dan Burung Botak Kecil "Leptopilos Javanicus" yang 
      datang dari kepulauan Siberia. Selain itu, Burung Camar Putih, Burung Tukang Kubur. 



      Kuala Gula juga merupakan kawasan persinggahan pelbagai spesis burung dari Hemisfera Selatan ke Utara terutama dari Siberia dan Mongolia. Burung-burung tersebut mula singgah di sini di antara bulan Ogos hingga April. Sebanyak 166 spesis burung terdapat di sini pada masa tertentu. Antara sebab-sebab utama penghijrahan burung-burung di kawasan ini. adalah kerana musim sejuk yang panjang di Hemisfera Selatan. Pengunjung-pengunjung perlu mendapatkan kebenaran dari Jabatan Perhilitan terlebih dahulu untuk memasuki kawasan ini. 

      Bot-bot kepunyaan orang kampung di sini boleh disewa untuk tujuan memancing, memerhati hidupan liar/burung dan lain-lain dengan kadar harga yang berpatutan.

      Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur


      Info:
       

      Click Here For More Info