NN

NN
Assalamualikum & Good Day! Welcome to My pbhomestay69 pages. Please be nice here. Copycats are not allowed here. Have a Nice day.!

Tarikan / Tempat tempat Menarik

Mercu Tanda Parit Buntar

Menara Jam Besar yang terletak diPekan Lama Parit Buntar menjadi mercu tanda Bandar Parit Buntar





Pinggiran Sungai Kerian

Jika anda ke Parit Buntar, jangan lepaskan peluang singgah sebentar ke pinggiran Sungai Kerian. Merupakan salah satu kawasan rekreasi pinggir sungai yang utama dibangunkan di Parit Buntar. 

Dari segi konsep reka bentuk pelan mempamerkan warisan tumbuhan dan menggabungkan karya ciptaan manusia dengan alam semulajadi serta gabungan elemen tradisional dan kontemporari. 
Ciri-ciri kolonial diterapkan dalam reka bentuk seperti "window wall'" yang menggunakan batu bata. 

Projek Pinggiran Sungai Kerian yang dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan di bawah Jabatan Landskap Negara merupakan salah satu projek rekreasi pinggir sungai yang terbesar dibangunkan di Parit Buntar oleh Majlis Daerah Kerian. Pada masa ini fasa yang telah siap dimajukan iaitu bermula dari tali air berdekatan Arked MDK hingga ke tali air di Lorong Syed Hamid.

Ban Pecah

Lokasi Pantai Ban Pecah



Terletak didalam kawasan Mukim Tanjung Piandang, Perak ini, anda akan dapat melihat suasana matahari jatuh terbenam ketika senja yang melintasi Laut Selat Melaka ini. 

Ban Pecah adalah satu kawasan riadah pantai berbatu untuk kegiatan memancing di kerian, ia juga cukup terkenal dengan makanan lautnya antaranya makanan yang menarik di kerian ialah 'kari sembilang merah' Ban Pecah juga sering dikunjungi oleh pelancong dari negeri Kedah,Pulau Pinang,Perlis malah ada pelancong dari Kuala Lumpur yang datang ke Ban Pecah ini umtuk memancing ikan sembilang merah yang hanya terdapat di daerah Kerian sahaja.Pantai Ban Pecah atau dikenali sebagai “Pantai Rock” oleh penduduk tempatan adalah merupakan salah satu destinasi menarik yang terdapat di Daerah Kerian, Perak.



Bukit Merah Lake Town



Bukit Merah merupakan destinasi eko-pelancongan yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan keriangan dalam satu lokasi. Ia dilengkapi dengan Taman Tema Air, Pulau Orang Utan serta Eco Park yang unik dan menarik.

Bandar ini merupakan bandar baru pelancongan yang terletak kira-kira 55 kilometer dari Parit Buntar melalui Jalan Persekutuan. Kedudukannya berhampiran dengan Tasik Bukit Merah. 

Antara kemudahan rekreasi yang didapati di sini adalah :-
- Taman Tema Air atau "Water Theme Park"
- Orang Utan Island
- Taman Eco-Park
- Tempat penginapan seperti Lake Town Inn

Pulau Orang Utan




Kuala Gula Bird Santuary 


Kuala Gula adalah merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak dalam Derah kerian. 

Ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang terdiri dari hutan paya bakau seperti pokok Api-Api "Avicennia spp" dan pokok Bakau "Rhizopora spp". Faktor habitat semulajadi yang terdapat disini menarik adalah Burung Upih "Mycteria Cinerea" dan Burung Botak Kecil "Leptopilos Javanicus" yang 
datang dari kepulauan Siberia. Selain itu, Burung Camar Putih, Burung Tukang Kubur. 



Kuala Gula juga merupakan kawasan persinggahan pelbagai spesis burung dari Hemisfera Selatan ke Utara terutama dari Siberia dan Mongolia. Burung-burung tersebut mula singgah di sini di antara bulan Ogos hingga April. Sebanyak 166 spesis burung terdapat di sini pada masa tertentu. Antara sebab-sebab utama penghijrahan burung-burung di kawasan ini. adalah kerana musim sejuk yang panjang di Hemisfera Selatan. Pengunjung-pengunjung perlu mendapatkan kebenaran dari Jabatan Perhilitan terlebih dahulu untuk memasuki kawasan ini. 

Bot-bot kepunyaan orang kampung di sini boleh disewa untuk tujuan memancing, memerhati hidupan liar/burung dan lain-lain dengan kadar harga yang berpatutan.

Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur


Info:
 

Lokasi / Peta


Parit Buntar terletak di utara negeri Perak, bersempadan dengan Bandar Baharu, Kedah dan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Bandar Parit Buntar juga terletak berhampiran dengan Bagan Serai, Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Tiang. Parit Buntar adalah merupakan pusat pentadbiran untuk Daerah Kerian




Peta Parit Buntar
Sumber: Google Map

Click Here For More Info